Sunday, July 25, 2010

ENTRI KESEPULUH- PERTANDINGAN BLOGGING 2010

ACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU


Majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara dengan orang lain yang datang.

Kadang-kala persandingan diadakan selama dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Simbol upacara ini adalah kedua pengantin telah bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil 'majlis bertandang'. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Ada majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

Saturday, July 24, 2010

ENTRI KESEMBILAN - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

MAJLIS PERKAHWINAN


Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Majlis diadakan diraihkan dengan meriah yang akan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua pasangan pengantin akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan solek oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun ia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.

Pengantin lelaki akan ditemani oleh paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.


Wednesday, July 21, 2010

ENTRI KELAPAN - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

HARI KERHARMONIAN KAUM

Hari ini, seluruh Singapura sedang menyambut hari Keharmonian Kaum! Hari Kaharmonian Kaum akan jatuh pada 21hb Julai setiap tahun dan ramai yang akan menggunakan pakaian tradisional mereka seperti, Cheongsam, Sari, Baju Kurung atau Baju Kebaya dan banyak-banyak lagi.

Setiap tahun pada tarikh ini, sekolah saya akan menyambut Hari Keharmonian Kaum. Kebanyakan murid-murid akan menggunakan baju tradisional mereka. Tetapi, sekarang kami lebih ghairah untuk cuba menggunakan baju tradisional kaum lain dan kami kaum yang lain akan meminjam pakaian kaum yang lain. Seperti kaum Cina menggunakan pakaian Melayu, Melayu menggunakan pakaian kaum Tamil dan seterusnya.


Selain pakaian, sekolah saya telah menyiapkan makanan tradisional dari pelbagai kaum. Kebanyakkan hidangan yang di sediakan adalah makanan Melayu, Cina atau pun Teong Hua dan Tamil. Selain dari makanan, ada persembahan khas yang akan di tinjurkan oleh rakan-rakan saya pada waktu perhimpunan di dewan sekolah nanti.

Apabila saya tiba di sekolah pagi tadi, saya rasa amat takut jika saya hanya seorang sahaja yang menggukan Baju Kebaya dan memikirkan Hari Keharmonian Kaum bukan hari ini. Tetapi apabila tiba di sekolah sahaja, di ruang perhimpunan sekolah kelihatan warna-warni. Pakaian Cheongsam, Sari dan Kebaya digunakkan oleh ramai murid. Saya rasa lega dan apa yang menarik perhatian saya adalah, murid berbangsa Cina sedang memakai baju tadisional Melayu! Saya merasa amat bangga melihat kaum lain ingin mencuba baju Melayu.

Di sini sahaja dapat saya kongsikan!


(Model: Siti Suhana)

Selamat Menyambut Hari Keharmonian Kaum

Sunday, July 18, 2010

ENTRI KETUJUH - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

ENTRI YANG DINANTI-NATIKAN: MAJLIS PERKAHWINAN BUDAYA MELAYU!




Rakaman cara perkahwinan orang melayu =)

Saturday, July 17, 2010

ENTRI KEENAM - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

PERNIKAHAN ORANG MELAYU


Sebelum berkahwin haruslah Akad Nikah.

Akad Nikah adalah satu acara yang PALING penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan sebarang adat tetapi ia melebihi kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Selepas, segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barang lain yang disetujuhi oleh kedua pihak perempuan dan lelaki.

Akad Nikah boleh diadakan di masjid, di pejabat kadi, atau pun di rumah pengantin perempuan. Ia dijalankan oleh seorang Tok Kadi atau Imam. Di dalam upacara tersebut, bapa kepada pengantin perempuan akan menjadi wali untuk pernikahan ankanya. Walau bagaimana pun, dia boleh juga mewakilkannya kepada Tok Kadi atau Imam.

Pada hari pernikahan tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis pukulan kompang akan diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.

Apabila si pengantin lelaki tiba, dia akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.

Lafaz nikah berbunyi : "Aku nikahkan dikau(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah) tunai"
Pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi : "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi)".

Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas pengucapannya, si suami akan membatalkan air sembayangnya dan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

Dari sini sahaja dapat saya kongiskan ilmu yang telah saya dapat mengenai adat Pernikahan Orang Melayu!

Friday, July 16, 2010

ENTRI KELIMA - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

PANTANG LARANG PERKAHWINAN ORANG MELAYU


Sebelum saya menerangkan budaya perkahwinan orang melayu.. Saya ingin mengongsikan sedikit pantang larang yang menarik!

`Pasangan dilarang keluar selama 40 hari sebelum dijabkabulkan.
Sebab: Supaya untuk mengelakkan cacian masyarat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Juga ia menimbulkan perasaan rindu dendam dan perasaan yang menimbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

`Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
Sebab: Air itu semua kurang baik untuk badan dan ia kurang sihat.

Dan yang terakhir...

`Dilarang tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
Sebab: Untuk menjaga nama baik keluarga.


Itu sahaja yang dapat saya kongsi.

Thursday, July 15, 2010

ENTRI KEEMPAT - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

ADAT MEMINANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan memastikan hari, menghantar satu rombongan untuk peminangan. Peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga pihak lelaki yang terdekat. Secara rasmi, adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.


Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Wednesday, July 14, 2010

ENTRI KETIGA - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

ADAT MERISIK ORANG MELAYU

Sebelum dinikahkan, orang melayu mengamalkan adat merisik atau ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang ingin dijadikan pasangan seumur hidup masih belum berpunya. Ini penting kerana dalam Islam, kami dilarang meminang tunang orang lain. Selain itu, adat ini juga adalah untuk mengetahui latar belakang si gadis berkenaan kemahiran rumahtangga, sikap sopan-santunnya, tingkah laku, serta pengatahuan agamanya.
Lazimnya, adat ini dilakukan oleh saudara mara yang terdekat pihak lelaki termasuklah ibu atau bapa saudaranya.

Itu untak pihak si lelaki, bagi pihak gadis pula, mereka harus mempertimbangkan beberapa kriteria termasuk latar belakang pihak lelaki sebelum menerima lamarannya. Selain itu, pihak lelaki harus mempunyai latar belakang yang beragama dan jugaperkerjaan yang baik.

Adakalanya, semasa merisik, pewakil lelaki akan member isebentuk cincin dan pihak gadis akan bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

Oleh kerana pasangan tersebut sudah berjumpa terlebih dahulu, adat merisik jarang dilakukan. Justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Tuesday, July 13, 2010

ENTRI KEDUA - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

PANTANG LARANG ORANG MELAYU

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'Pantang' adalah sesuatu yang dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan). 'Larang' pulanya bermakna, menahan daripada melakukan sesuatu, tidak membenarkan atau menegah. Namun, Pantang Larang adalah adat orang pada zaman dahulu. Menurut kerpercayaan mereka dari nenek moyang mereka atau mengikut generasi tersendiri.

Di rumah, keluarga saya tidak mengamalkan sebarang pantang larang. Tetapi, sewaktu saya masih kecil dahulu, pada waktu makan, nenek saya suka memberitahu adik-beradik saya bahawa nasi akan menangis jika kami tidak menghabiskannya. Ia hanya satu ancaman buat menakutkan kami adik-beradik. Walaupun Pantang Larang Orang Melayu digunakan, keluarga saya tetap tidak mengamalkan sebrang pantang larang orang melayu.

Menurut kajian saya, orang melayu telah mementingkan pantang larang yang telah diamalkan dari kecil. Pantang larang yang menarik bagi saya adalah:

`Bagi ibu yang hamil dilarang berjalan bawah ampaian kerana ia boleh membuat anak gagap apabila dilahirkan sehingga dewasa kelak nanti.
Sebabnya ia diwujudkan - Penyidai baju biasanya rendah dan takut wanita yang hamil akan tersindung dan terjatuh. Ia boleh membahayakan kandungan.

`Bagi orang lelaki pula dilarang membuang air kecil di busut kerana dikatakan akan memburukkan tempat kemaluan.
Sebabnya ia diwujudkan - Suapaya mengelakkan lelaki tersebut diganggu makhluk halus atau penunggu busut berkenaan.

`Anak dara jangan menyanyi di dapur kerana nanti dijodohkan dengan orang tua.
Sebab - Mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.

dan yang terakhir yang suka digunakan oleh orang tua..

`Kalau makan nasi kena habiskan jika tidak nasi akan menangis.
Sebab - Untuk mengelakkan pembaziran


Ini adalah antara pantang larang yang telah menarik perhatian saya dan juga ramai yang menggunakannya.

Monday, July 12, 2010

ENTRI PERTAMA - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

MENDALAMI BAHASA MELAYU

Sempena bulan bahasa, saya ingin cuba memperbaiki bahasa ibunda saya melalui pertandingan blog ini yang dianjurkan sempena bulan bahasa. Kesatuan Guru Bahasa Melayu Singapura (KGMS) dan NTU.

Saya rasa amat gementar kerana bahasa ibunda saya tidak kuat. Saya harap melalui pertandingan dan bulan bahasa ini, bahasa ibunda saya dapat diperbaiki!

Saya akan memfokuskan entri-entri Blog saya kepada Adat Resam dan Pantang Larang orang Melayu. Saya tidak sabar untuk memulakannya!