Sunday, July 25, 2010

ENTRI KESEPULUH- PERTANDINGAN BLOGGING 2010

ACARA PERKAHWINAN ORANG MELAYU


Majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara dengan orang lain yang datang.

Kadang-kala persandingan diadakan selama dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Simbol upacara ini adalah kedua pengantin telah bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil 'majlis bertandang'. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Ada majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

0 comments: