Tuesday, July 13, 2010

ENTRI KEDUA - PERTANDINGAN BLOGGING 2010

PANTANG LARANG ORANG MELAYU

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'Pantang' adalah sesuatu yang dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan). 'Larang' pulanya bermakna, menahan daripada melakukan sesuatu, tidak membenarkan atau menegah. Namun, Pantang Larang adalah adat orang pada zaman dahulu. Menurut kerpercayaan mereka dari nenek moyang mereka atau mengikut generasi tersendiri.

Di rumah, keluarga saya tidak mengamalkan sebarang pantang larang. Tetapi, sewaktu saya masih kecil dahulu, pada waktu makan, nenek saya suka memberitahu adik-beradik saya bahawa nasi akan menangis jika kami tidak menghabiskannya. Ia hanya satu ancaman buat menakutkan kami adik-beradik. Walaupun Pantang Larang Orang Melayu digunakan, keluarga saya tetap tidak mengamalkan sebrang pantang larang orang melayu.

Menurut kajian saya, orang melayu telah mementingkan pantang larang yang telah diamalkan dari kecil. Pantang larang yang menarik bagi saya adalah:

`Bagi ibu yang hamil dilarang berjalan bawah ampaian kerana ia boleh membuat anak gagap apabila dilahirkan sehingga dewasa kelak nanti.
Sebabnya ia diwujudkan - Penyidai baju biasanya rendah dan takut wanita yang hamil akan tersindung dan terjatuh. Ia boleh membahayakan kandungan.

`Bagi orang lelaki pula dilarang membuang air kecil di busut kerana dikatakan akan memburukkan tempat kemaluan.
Sebabnya ia diwujudkan - Suapaya mengelakkan lelaki tersebut diganggu makhluk halus atau penunggu busut berkenaan.

`Anak dara jangan menyanyi di dapur kerana nanti dijodohkan dengan orang tua.
Sebab - Mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.

dan yang terakhir yang suka digunakan oleh orang tua..

`Kalau makan nasi kena habiskan jika tidak nasi akan menangis.
Sebab - Untuk mengelakkan pembaziran


Ini adalah antara pantang larang yang telah menarik perhatian saya dan juga ramai yang menggunakannya.

0 comments: